Sabtu, 06 Oktober 2012

Narathiwat | Jumaat 05 Sep. 2012, Thailand


Foto husi Mahamasabree Jehloh nia FB
Narathiwat | Jumaat 05 Sep. 2012, Thailand

Kudung Bani Jawi bersama seorang rakan wartawan Thai PBS Channel telah ditahan oleh polis Narathiwat kerana merakam video di bandar Narathiwat untuk membuat laporan tentang peniaga di selatan Thailand yang tidak berani berniaga pada hari ini.

Dikatakan sebelum ini terdapat sekumpulan orang bersenjata telah mengugut para peniaga supaya kedai mereka ditutup dan tidak dibenarkan berniaga. Sesiapa yang tidak berkerjasama akan dipotong telinga.

Setelah khabar ugutan itu tersebar semua peniaga tidak berani untuk berniaga dan merasakan diri mereka terancam dan kebingungan dengan spekulasi siapakah punya angkara tersebut.

Namun begitu angkatan pejuang Patani telah menafikan bahawa ugutan itu bukan perbuatan mereka.

Kudung BaniJawi dan rakannya kemudiannya dibebaskan setelah dua jam disoal siasat polis, tetapi apa yang menyedihkan hati Kudung Banijawi ialah tuduhan dari pegawai polis yang menyoal mereka dengan mengatakan, “Kamu merakam video untuk laporan kepada laman sawang PULO?" (PULO satu party pejuang Patanihttp://puloinfo.net/)
 — di Changwat Narathiwat, Narathiwat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Bele fo ita bo'ot sira nia komentario iha ne'e.