Jumat, 11 Mei 2012

Pattani, Thailand


Pattani, Thailand : 11 May 2012, Wakil Jaringan Pemuda Pelajar dan Masyarakat Sivil untuk kedamaian Patani seramai 50 peserta berkumpul di hadapan masjid besar wilayah Pattani dan Masjid besar wilayah Yala serta memegang poster anti keganasan yang berlakunya di wilayah sempadan selatan Thai bermulainya 8 tahun yang lalu, bertujuan supaya rakyat semua dapat menyedari lebih mendalam tentang konflik dengan cara mengedar dokument dan surat terbuka yang dihantar kepada wakil OIC, surat tersebut yang bertajuk “pengesyoran untuk membina kedamaian di Patani”

Saudara Syukri Teh wakil Jaringan Pemuda Pelajar dan Masyarakat Sivil untuk kedamaian Patani menyatakan bahawa kedatangan wakil OIC sangat dihargai oleh rakyat Patani, oleh kerana keadaan konflik dan keganasan berlansungnya semenjak 8 tahun yang lalu, sampai sekarang masih belum lagi ada apa-apa petanda yang akan membawa ketenteraman dan keamanan di wilayah sempadan selatan Thailand atau Patani,

Jaringan Pemuda Pelajar dan Masyarakat Sivil untuk kedamaian Patani percaya dan yakin terhadap tali persaudaraan yang seagama iaitu “Islamic” yang mempunyai perasanaan dan amat faham sesama saudara islam dan percayai bahawa OIC akan bersama menyebelahi keadilan. ( Kontribui Husi BREE Thailand)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Bele fo ita bo'ot sira nia komentario iha ne'e.